Friday, March 14, 2008

Anwar ibrahim's secret coup


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini dipercayai sedang mengatur satu proses "coup de tat" secara aman melalui pembelian wakul rakyat dan pemimpin Barisan Nasional agar berhijrah ke dalam PKR.

Menurut sumber tertinggi UMNO dan risikan, antara tumpuan Anwar Ibrahim sekarang ini ialah terhadap ahli Parlimen yang kecewa terutama di Sabah dan di negeri-negeri yang Barisan Nasional kalah. Seorang bekas Menteri Besar UMNO (dipercayai Selangor) turut ditawarkan RM 50 juta dan mengekalkan jawatan Menteri Besar jika beliau sanggup masuk PKR.

Selain itu, usaha-usaha untuk melemahkan ikatan Barisan Nasional turut dilakukan dengan cubaan memujuk MIC, MCA dan Gerakan untuk keluar BN menyertai pakatan longgar pembangkang yang di kenali sebagai Barisan alternatif.

Menurut laporan yang disediakan untuk kepimpinan UMNO, usaha memecah belahkan ikatan BN sedang dilakukan seperti teori domino bermula dengan MIC, PBS, Gerakan dan akan berakhir dengan MCA.

Selain itu, Anwar kini dianggarkan mempunyai sumber kewangan hampir RM 3 billion hasil pembiayaan "luar negara" khusus untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai PKR. Anwar dikatakan meletak sasaran kejatuhan UMNO dan BN sekitar bulan Mei dan Jun tahun ini.

Sasaran utama di Sabah ialah kerana dikatakan wang tersebut kini berada di akaun pesisir pantai (offshore bangking) di Labuan.

Bagi seorang penganalisis pengurusan ekonomi yang bercakap kepada mykmu.net, perlantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan memberi satu signifikan penting kepada usaha Anwar ini.

"Terdapat 6-7 syarikat senaraian awam yang berstatus syarikat anak kerajaan negeri Selangor seperti Kumpulan Perangsang Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Glomac, Worlwide dan Kumpulan Hartanah Negeri Selangor. Justeru wang luar negara untuk dana politik Anwar dengan mudah akan dibawa masuk melalui pelaburan ke dalam syarikat-syarikat ini."

"Khalid Ibrahim sebagai orang yang mahir dalam tipu helah kewangan akan mula melakukan transaksi pembelian dan pelaburan untuk perladangan, hartanah dan sebagainya dengan syarikat-syarikat di Indonesia dan Singapura. Transaksi ini akan melibatkan manipulasi harga dan struktur kewangan yang kompleks tetapi akhirnya akan "membersihkan wang-wang di luar negara" ini masuk ke dalam Malaysia untuk dana Anwar."

Menurut penganalisis ini, jika benar ada usaha meningkatkan kekuatan kewangan Anwar dan PKR bagi menjatuhkan kerajaan BN, maka dalam masa beberapa bulan akan datang kita akan melihat kenaikan pelaburan yang amat ketara kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan juga akan berlaku satu

Sementara itu, cakap-cakap di kalangan ahli politik mendedahkan sebahagian ahli Parlimen di sabah bersedia masuk PKR sekiranya Abdullah membuat keputusan melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri.

Khairy dijangka dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Gosip yang sedang tersebar sekarang ialah hampir 20 ahli Parlimen BN dikatakan membuat pengakuan kepada Anwar untuk menyertai beliau sekiranya kemelut dalaman UMNO tidak dapat diselesaikan segera.

Mereka juga dikatan bersedia berpindah ke dalam PKR jika Anwar berjaya membuktikan beliau mampu mendapat lagi 20 orang ahli Parlimen bagi membolehkan BA mendapat jumlah yang mencukupi bagi memperolehi maJoriti sokongan di Parlimen.

20 orang ini dikatakan ditawar antara RM 10 - 20 juta setiap orang.

Bagaimanapun kebenaran cakap-cakap politik ini tidak dapat disahkan buat masa ini. Mungkin sedikit masa lagi kita akan mendapatkan senarai 20 orang ini.
well anwar is like a thailand military leader with networks worldwide.Just think where did he get all the funds to buy BN parliament men?

0 Comments:

Post a Comment