Wednesday, March 19, 2008

KERJA KOSONG DGN ANWAR IBRAHIM

kerja kosong dengan anwar ibrahim.
job vacancy with keadilan and anwar ibrahim

BERIKUTAN kemenangan besar PKR dalam pilihanraya lalu. Pejabat Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan notis 'Kerja Kosong". Ini boleh difahami sebagai tanda Ketua PKR itu akan kembali sibuk seperti zaman kegemilangannya dulu.

Berikut kami siarkan sepenuhnya iklan kerja kosong tersebut.

Jawatan-jawatan berikut kini terbuka untuk diisi di Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Individu yang berminat dan berkelayakan dijemput menghantar resume, surat penghadap (cover letter) dan sebarang surat syor (recommendation letter) ke kerjaya@adilmail.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya . Untuk jawatan Ketua Penulis dan Penyelidik, sila sertakan contoh penulisan yang pendek.

1. Penyelaras Program

Gambaran kerja:
a. Menjadi hubungan utama untuk semua organisasi, institusi parti dan individu yang menganjurkan majlis awam melibatkan DSAI.
b. Memastikan bahawa semua program diselaraskan dan dianjurkan dengan baik.

Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda
b. Pengalaman 2-5 tahun sebagai pembantu peribadi, pengurus majlis, atau penyelaras program.
c. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam bahasa-bahasa lain lebih baik lagi
d. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
e. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
f. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

2. Pegawai Perhubungan Awam

Gambaran kerja:
a. Menjadi hubungan untuk semua maklumat awam berkaitan DSAI, terutamanya untuk akhbar dan media.
b. Mengatur dan menyelaras sidang akhbar dan wawancara media.
c. Menjawab semua pertanyaan awam mengenai DSAI.

Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda
b. Pengalaman 2-5 tahun dalam media, perhubungan awam ataupun hal-hal akhbar.
c. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam bahasa-bahasa lain adalah digalakkan.
d. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
e. Sikap yang profesional, ketrampilan yang menarik dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
f. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

3. Ketua Penulis dan Penyelidik

Gambaran kerja:
a. Menyelia semua bahan tertulis yang dikeluarkan Pejabat DSAI, termasuklah penterjemahan.
b. Melakukan dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan.

Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda (minima), Ijazah Sarjana.
b. Pengalaman 2-5 tahun dalam penulisan, penyuntingan dan penyelidikan.
c. Kefahaman mendalam tentang nuansa politik dan tadbirurus Malaysia
d. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam bahasa-bahasa lain tambahan yang penting.
e. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
f. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
g. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

4. Pegawai Keselamatan

Gambaran kerja:
a. Menyelia semua aturan keselamatan untuk DSAI pada setiap masa.
b. Mengurus kakitangan keselamatan peribadi DSAI.

Keperluan:
a. Pengalaman mendalam 5-10 tahun sebagai eksekutif keselamatan.
b. Pengalaman dan kefahaman tentang isu-isu keselamatan yang khusus kepada keadaan Malaysia.
c. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
d. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

5. Pembantu Khas

Gambaran kerja:
a. Membantu dalam semua perihal ad hoc yang mungkin timbul dalam Pejabat DSAI.
b. Melakukan kerja-kerja am, dan menyumbang tenaga kerja dan sokongan dalam sebarang senario yang mungkin timbul.

Keperluan:
a. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
b. Mempunyai kenderaan sendiri.
c. Mampu belajar dengan pantas dan menyesuaikan diri kepada situasi yang pantas berubah.
g. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.


lokasi



17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor,
Malaysia

0 Comments:

Post a Comment