Thursday, May 22, 2008

UMNO's IS MASTERMINDED BY WHOM?PAK LAH?

from dr mahathir's blog

Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti mungkin dialu-alukan oleh sebahagian orang UMNO yang bergantung hayat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dari bekas Ketua Pengarah BTN sehinggalah kepada macai-macai yang menjerit We Love Pak Lah biar pun UMNO sudah kehilangan majoriti mudah dan Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3.

Mereka berpendapat bahawa dengan Tun berada di luar UMNO,dapatlah mereka menyerang Tun sehabis-habisnya. Ingin menelanjang Tun kononnya. Kita tahu inilah kotak pemikiran beberapa Menteri dan Pengerusi Perhubungan Negeri termasuk dari sebuah negeri yang sudah berpenggal-penggal UMNO kalah.

Kita faham ada beberapa ahli Majlis Tertinggi yang tidak bersetuju dengan gelagat mereka ini tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Bercakap meminta diadakan rundingan dan perbincangan dengan Tun tetapi tidak disiarkan oleh media arus perdana.

Suara-suara sederhana dalam UMNO telah dimatikan secara senyap. Sebaliknya yang ditonjolkan (highlight) ialah suara-suara ekstrem sama ada di pihak Pak Lah mahu pun Che Det. Sekurang-kurangnya ada lima kenyataan ahli MKT UMNO yang menyarankan agar di cari jalan penyelesaian dalam kemelut ini tetapi tidak disiarkan atau dikecilkan.

Apa agenda media-media di bawah Media Prima dan Bernama? Malahan sudah tampak wujud tekanan terhadap Utusan Malaysia yang kelihatan sedikit berhemah dalam isu ini. Ada pihak tertentu yang mahu melihat UMNO terus berantakkan.

Jika kita masih ingat, selain isu jambatan bengkok, saluran dan wacana media di bawah Media Prima inilah yang sering melagakan Pak Lah dan Che Det. Saya fikir tidak perlulah diulangi lagi tindakan-tindakan Kalimullah Hasan Mesrul dan Datuk kamarulzaman dengan bantuan Tingkat 4 jabatan Perdana Menteri.

Tampaknya hari ini UMNO bukan lagi ditadbir oleh Pak Lah secara langsung tetapi oleh Kalimullah dan rakan-rakan yang merencana dan mengganggu gugat UMNO menggunakan budak hingusan politik seperti Khairy Jamaluddin.

Mungkin sudah tiba masanya Jawatankuasa Pengurusan Parti membuat satu usul jelas yang di bawa ke Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO supaya perubahan Media-media yang berada di bawah naungan UMNO secara tidak langsung dilakukan perubahan besar-besaran. Mereka yang menguasai media ini harus di kalangan orang Melayu yang mempunyai agenda Melayu bukannya agenda Kalimullah.

Saya fikir, kita juga harus menyedari bahawa dalam politik, kuasa lebih penting dari emosi. Adalah penting untuk ahli UMNO terus bersabar sehingga Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Gunakan mesyuarat cawangan dan bahagian untuk melakukan perubahan. Perubahan hanya boleh dilakukan di dalam UMNO.

Insyallah dengan force dari luar oleh Tun Mahathir, kita di dalam akan lebih kuat dan mampu melakukan perubahan. Kita mahukan perubahan cara Melayu,

Kepada sahabat kita, ahli kehormat UMNO yang merupakan Ketua Cawangan dan AJK UMNO Merbok , Mejar (B) Anuar, yang isytihar telah keluar parti dan bubarkan cawangan beliau, saya berharap beliau telah berfikir semasaknya. Selamat maju jaya kepada beliau. Sesungguhnya kita telah kehilangan satu lagi suara penting dalam Mesyuarat cawangan dan bahagian yang akan datang.
sama2 kita mendoakan kejatuhan pak lah dan konco2nye

0 Comments:

Post a Comment