Friday, June 13, 2008

Ini merupakan bukti bahawa pemecatan sanusi junid dipengaruhi desakan pihak2 tertentu...


KENYATAAN AKHBAR

1. Pemecatan Dari Jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA )

1.1. Sidang akhbar saya pada 5hb Jun, 2008, menjelaskan bahawa saya tidak akan meletakkan jawatan saya sebagai Presiden UIA secara sukarela, hanya kerana saya tidak lagi menjadi ahli UMNO.

1.2. Saya tidak bersalah kerana saya tidak menggunakan jawatan saya untuk kepentingan politik pribadi.


1.3. Siaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10hb Jun 2008, yang menyatakan sebagai berikut ‘Beliau(saya) mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010’ adalah fitnah semata.

1.4. Sila rujuk kenyataan saya di sidang akhbar bertulis yang diedarkan kepada berbagi pihak media bertarikh 5 June 2008.

1.5. Sidang akhbar pada tarikh tersebut dan juga sidang akhbar pada tarikh ini diedarkan secara bertulis untuk menghindarkan fitnah yang diramalkan mungkin berlaku.



2. Tidak Salahguna Kuasa

2.1. Syarat ‘tidak menggunakan jawatan Presiden untuk kepentingan politik pribadi’ telah dinyatakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi sebagaimana tersiar di dalam akhbar pada hari Ahad 1hb Jun, 2008.

2.2. Berikutan kenyataan akhbar saya pada 5hb Jun, 2008 maka pada 7hb Jun, 2008, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menambah kata bahawa:


(a) tiada pihak yang mendesak supaya saya berhenti,

(b) kuasa melantik dan menamatkan khidmat saya ada pada Ketua Perlembagaan UIA iaitu DYMM Tuanku Sultan Pahang.

2.3. Berita Harian 7hb June2008 mewartakan YB Menteri menyatakan bahawa kenyataan akhbar saya pada 5hb Jun, 2008 hanyalah satu usaha saya untuk mencari perhatian dan publisiti.


3. Kuasa Perdana Menteri


Yang sebenarnya kenyataan media YB Menteri bertarikh 7hb June 2008 ini tidak lengkap, sebagaimana yang tertera di dalam Perlembagaan UIA, yang mana Ketua Perlembagaan UIA hanya boleh memberhentikan saya atas nasihat YAB Perdana Menteri.



4. Pemecatan


4.1. Pada 9hb Jun, 2008, saya menerima satu sampul surat yang berisi surat pemberhentian atau penamatan perkhidmatan saya daripada jawatan Presiden UIA, yang ditandatangani oleh Ketua Perlembagaan UIA iaitu DYMM Tuanku Sultan Pahang mengikut Bahagian IV Perkara 20 (iii) Perlembagaan UIA.


4.2. Memandang kepada hubungan yang cukup baik antara saya dengan Ketua Perlembagaan UIA sudah tentu tindakan ini tidak dibuat atas kehendak DYMM Tuanku sendiri.


4.3. Tempoh perkhidnatan saya masih ada dua tahun lagi, tiada kesalahan yang dinyatakan, berarti penamatan tempo khidmat saya daripada jawatan Presiden UIA, dengan serta-merta ini, adalah satu pemecatan disebabkan desakan beberapa pihak-pihak yang berkepentingan.
Ini menunjukan agenda tersembunyi Pak Lah yang Bencikan orang UMNO yang meletak jawatan seperti Tun Mahathir..sama2la..kita berdoa Pak Lah cpat letak jawatan..


0 Comments:

Post a Comment