Showing posts with label resignation of tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label resignation of tun mahathir. Show all posts

Thursday, May 22, 2008

from dr mahathir's blog

Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti mungkin dialu-alukan oleh sebahagian orang UMNO yang bergantung hayat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dari bekas Ketua Pengarah BTN sehinggalah kepada macai-macai yang menjerit We Love Pak Lah biar pun UMNO sudah kehilangan majoriti mudah dan Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3.

Mereka berpendapat bahawa dengan Tun berada di luar UMNO,dapatlah mereka menyerang Tun sehabis-habisnya. Ingin menelanjang Tun kononnya. Kita tahu inilah kotak pemikiran beberapa Menteri dan Pengerusi Perhubungan Negeri termasuk dari sebuah negeri yang sudah berpenggal-penggal UMNO kalah.

Kita faham ada beberapa ahli Majlis Tertinggi yang tidak bersetuju dengan gelagat mereka ini tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Bercakap meminta diadakan rundingan dan perbincangan dengan Tun tetapi tidak disiarkan oleh media arus perdana.

Suara-suara sederhana dalam UMNO telah dimatikan secara senyap. Sebaliknya yang ditonjolkan (highlight) ialah suara-suara ekstrem sama ada di pihak Pak Lah mahu pun Che Det. Sekurang-kurangnya ada lima kenyataan ahli MKT UMNO yang menyarankan agar di cari jalan penyelesaian dalam kemelut ini tetapi tidak disiarkan atau dikecilkan.

Apa agenda media-media di bawah Media Prima dan Bernama? Malahan sudah tampak wujud tekanan terhadap Utusan Malaysia yang kelihatan sedikit berhemah dalam isu ini. Ada pihak tertentu yang mahu melihat UMNO terus berantakkan.

Jika kita masih ingat, selain isu jambatan bengkok, saluran dan wacana media di bawah Media Prima inilah yang sering melagakan Pak Lah dan Che Det. Saya fikir tidak perlulah diulangi lagi tindakan-tindakan Kalimullah Hasan Mesrul dan Datuk kamarulzaman dengan bantuan Tingkat 4 jabatan Perdana Menteri.

Tampaknya hari ini UMNO bukan lagi ditadbir oleh Pak Lah secara langsung tetapi oleh Kalimullah dan rakan-rakan yang merencana dan mengganggu gugat UMNO menggunakan budak hingusan politik seperti Khairy Jamaluddin.

Mungkin sudah tiba masanya Jawatankuasa Pengurusan Parti membuat satu usul jelas yang di bawa ke Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO supaya perubahan Media-media yang berada di bawah naungan UMNO secara tidak langsung dilakukan perubahan besar-besaran. Mereka yang menguasai media ini harus di kalangan orang Melayu yang mempunyai agenda Melayu bukannya agenda Kalimullah.

Saya fikir, kita juga harus menyedari bahawa dalam politik, kuasa lebih penting dari emosi. Adalah penting untuk ahli UMNO terus bersabar sehingga Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Gunakan mesyuarat cawangan dan bahagian untuk melakukan perubahan. Perubahan hanya boleh dilakukan di dalam UMNO.

Insyallah dengan force dari luar oleh Tun Mahathir, kita di dalam akan lebih kuat dan mampu melakukan perubahan. Kita mahukan perubahan cara Melayu,

Kepada sahabat kita, ahli kehormat UMNO yang merupakan Ketua Cawangan dan AJK UMNO Merbok , Mejar (B) Anuar, yang isytihar telah keluar parti dan bubarkan cawangan beliau, saya berharap beliau telah berfikir semasaknya. Selamat maju jaya kepada beliau. Sesungguhnya kita telah kehilangan satu lagi suara penting dalam Mesyuarat cawangan dan bahagian yang akan datang.
sama2 kita mendoakan kejatuhan pak lah dan konco2nye

Tuesday, May 20, 2008

here is the official speech by tun mahathir to quit umno..
pengumuman rasmi tun mahathir untuk berhenti dari UMNO paklah..
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)