Wednesday, March 19, 2008

WANITA UMNO TAK PUAS HATI









Datuk Anifah Aman membuat kejutan dengan menolak perlantikan sebagai Timbalan Menteri, sebelum itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang digugurkan dari barisan kabinet yang baru dibentuk mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini. Sumber bernama.


Ruhanie Ahmad dari blog kuda-kepang.blogspot menulis Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak” , Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12.

Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.

Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.

Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, diberitakan telah meletakkan jawatannya sebaga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Keputusan mengenai hal ini dijangka diumumkan dalam satu sidang media hari ini juga menurut Ruhanie di blognya.

Ruhanie Ahmad mantan ahli Parlimen BN Parit Sulung secara terang menentang kepimpinan Pak Lah. Sebelum ini Mukhriz menghantar surat meminta Pak Lah berundur dan disokong pula oleh Pemuda UMNO Johor.

0 Comments:

Post a Comment