Wednesday, March 19, 2008
Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.Walaupun aku tidak menyebelahi Parti Keadilan Rakyat (PKR) (malah tidak akan menyebelahi parti ini sehingga ke akhir hayat), atas dasar kemanusiaan, aku membantah sepenuhnya tindakan kerajaan yang menyiarkan klip video/tayangan dalam bentuk iklan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
* * *
Tindakan ini aku sifatkan sebagai satu tindakan bodoh dan kejam kerana lebih terarah kepada menjatuhkan maruah hamba Allah berkenaan.
* * *
Seluruh dunia tahu bahawa Anwar pernah melakukan kesilapan. Pemimpin-pemimpin lain juga begitu. Tidak kiralah sama ada di pihak kerajaankah, pembangkangkah atau apa saja.
* * *
Berapa kerat sangatlah pemimpin yang suci atau tidak pernah melakukan kesilapan di negara ini? Cukup sedikit. Masih boleh terhitung oleh jari tangan dan kaki. Jangan nafikan kenyataan ini. Sesungguhnya kata-kataku ini ada kebenarannya.
* * *
Untuk berada 'di puncak', kita tidak perlu menjatuhkan orang lain dengan cara mengaibkannya. Biarlah kita berada 'di puncak' dengan cara yang bersih dan wajar. Alangkah eloknya jika semua pihak menghadapi pilihan raya ini dengan fikiran terbuka dan hati yang bersih. Tidak perlulah mengaibkan orang lain.
* * *
Ingatlah, bahawa jika pada hari ini anda mengaibkan orang lain, suatu hari nanti, kudis, kurap, nanah dan apa sahaja keburukan yang terselindung di sebalik kain anda pula akan disingkap dan ditayang untuk tatapan jutaan mata.
* * *
Kepada keluarga Anwar, banyak-banyaklah bersabar dengan apa yang berlaku ini. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Walaupun puteri dari Darus Saadah ini tidak berpihak kepada perjuangan politik parti anda, tetapi sebagai hamba Allah, puteri ini masih rasional dan kaya dengan rasa simpati.
* * *
Nota Sisipan: Jika sudah tersurat bahawa anda/kita akan memenangi PRU12 ini, dengan berdiam diri atau berdiri kaku bagaikan Tugu Negara sahaja pun anda/kita pasti boleh menang. Percayalah!